Sunday, September 23, 2012

Homeopati..

Sempena musim peperiksaan yang bakal menjelma...digalakkan para pelajar mengambil Examo ck500 yang boleh didapati dalam bentuk ekonomi.


Khasiat Examo

EXAMO-CKM 500 bertindak melalui 4 cara :

a. Mencerdaskan Akal
EXAMO-CKM 500 mampu mencerdaskan otak kerana fungsinya membantu penyuburan ramisaraf dendron dan dendrit. Ramisaraf dendron dan dendrit berfungsi engumpul maklumat dalam otak menerusi sentuhan sinaps. Semakin subur pertumbuhan ramisaraf dendron dan dendrit, lebih banyak maklumat dapat disimpan oleh otak. Maklumat dihantar melalui sentuhan antara sinaps (neural pathway).  Satu neuron otak mempunyai 1,000 hingga 10,000 sinaps. Menurut pakar bedah saraf berbangsa Russia, Prof. Pyotr Kuzmich Anokhin, beliau mendapati neuron otak orang cerdik berkeadaan lebih subur berbanding neuron otak orang bodoh.

b. Menguatkan ingatan
Lemah daya ingatan akan membawa kepada masalah lupa. Kelemahan daya ini boleh diatasi dengan membekalkan nutrisi yang diperlukan kepada otak. Menurut Dr. Wilhelm Helmut Schuessler, otak memerlukan enam jenis garamtisu Biokimia sebagai makanan. Namun begitu, berdasarkan hasil analisa Prof. Dr.Hj. Azizan bin Hj.Ismail (allahyarham), mendapati tiga jenis garamtisu Biokimia sudah memadai iaitu kalsium fostat, kalium fostat dan magnesium fostat. formulasi EXAMO-CKM 500 mengandungi ketiga-tiga garamtisu tersebut dalam juzuk yang tetap.

c.Menambahkan TenagaMental
Tenaga mental adalah dalam bentuk tenaga elektrik. Oleh itu, jika berlaku kekurangan tenaga elektrik, ia boleh dijana kembali melalui tindakbalas kimia, sama seperti "rechargeable battery'.Tenaga Kimia yang terhasil melalui tindakbalas ini akan ditukarkan kepada tenaga elektirik, dikenali sebagai tindakbalas elektrokimia. Dr David Samuels dari Institut Weismann, mengganggarkan otak melakukan antara 100,000 haingga 1,000,000 tindabalas elektrokimia pada setiap saat. Proses ini melibatkan bahan kimia tertentu iaitu kalsium,kalium,magnesium dan fosforus. EXAMO-CKM 500 mempunyai ciri-ciri yang memenuhi keperluan kepada tindakbalas elektrokimia ini.

d. Mendatangkan Ketenangan
Para pelajar atau individu yang bakal menduduki peperiksaan sering berperasaan tidak tenang. Keadaan ini akan menyukarkan proses mengingat biarpun telah acapkali membaca dan mengulangkaji hingga mewujudkan perasaan lain seperti resah gelisah, takut dan hilang keyakinan diri. EXAMO-CKM 500 mampu mengurangkan serangan panik ketika menghadapi peperiksaan, mengembalikan ketenangan minda dan menimbulkan kerajinan untuk belajar.

0 comments: