Sunday, December 14, 2008

Kaulah binti Al-azwar


Mujahidah Sejati
D ari pandangan matanya, ada sinar yang bercahaya.
Dari tutur katanya, ada bahasa melambangkan dia
seorang yang lemah lembut. Namun, jiwanya tidak
terduga pada pandangan zahir. Beliaulah Muslimat berani.
Sanggup menumpahkan darah demi menjulang islam.
Itulah srikandi ummat, Kaulah binti Azwar, Mujahidah
sejati perindu syurga.
Beliau terkenal memiliki jiwa dan fizikal yang kuat.
Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Beliau sudah pandai
bermain pedang dan tombok sejak kecil. Maka, Rasulullah s.a.w
memberi jaminan beliau menyertai angkatan perang
bersama-sama dengan Muslimin.
Semasa peperangan dengan rom, kaulah
menggemparkan seluruh angkatan trentera dengan
ketangkasan beliau. Beliau meluru dengan pakaian hitam.
Sekali libasan pedang, tiga musuh menyembah bumi. Kaulah
ibarat singa lapar menerkam mangsa.
Panglima tentera khalid ibnu walid serta seluruh
angkatan perang tercengang melihat kehebatan beliau yang
tak terduga. Mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebut
yang kelihatan dua biji matanya sahaja. Semangat jihat
Muslimin mula membara apabila mengetahui ia seorang
wanita. Dengan semangat yang mengalir dari jasad kaulah,
tentera muslimin menggempurkan kaum musyrikin hinnga
meraih kemenangan besar.
Dalam satu peperangan sahura, kaulah dan beberapa
mujahidah di kurung dan di kawal rapi. Namun kaulah
sentiasa hidup dan yakin bahwa mereka akan dapat
menyelamatkan diri. Beliau tidak pernah menyrah kalah.
Maka beliau sering memberi semangat kepada rakan
-rakanya.
“ wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di jalan Allah, apakah kamu sanggup menjadi tukang picit orang rom? Apakah kamu sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang di laknati?relakah kamu di hian dan di caci maki oleh bangsa rom yang durjan itu? Di manakah letaknya harga diri kamu sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah?di manakah letaknya kehormatan kamu sebagai seorang islam yang bertakwa? Sesungguhnya mati itu lebih baik bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang rom”
Kaulah terus menerus membakar semangat rakan-
rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara menentang
pengwal-pengawal itu. Mereka rela syahid jika di takdirkan
mereka gagal melepaskan diri. Namun mereka kuat dengan
bekal taubat dan doa bersungguh- sungguh agar Allah
mendatangkan bantuan-Nya.
Sebelumbertindak, kaulah sempat berpesan,
“ janganlah kamu sesekali gentar dan takut. Kita semua
harus bersatu dalam perjuangan dan janganlah ada yang
terkecuali. Patahkan tombak mereka , hancurkan pedang
mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya-Allah
pertolongan Allah sudah dekat.”
Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan
pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan
tersebut.
Beginilah roh perjuangan yang harus ada pada diri setiap
musllimat perindu syurga yang mengharap keredhaan-Nya
dan merasa nikmat syahid. Muslimat masa kini tidak perlu
mengangkat senjata, tetapi terlalu banyak perkara mungkar
yang wajib ditentang.