Monday, February 2, 2009

Nasib orang Islam...


Seorang warga Muslim bernama Firdaus bertanya kepada syarikat Metro Kajang berkenaan iklan mereka di akhabr yang kelihatan anti Islam kerana terus terang menyatakan "tidak perlu orang Islam memohon jawatan ini". Maka berikut adalah jawapan pihak Metro Kajang :-Dear Firdaus,Thank you for your interest and effort to seek for further clarifications.As you can see, Metro Kajang Holdings is a public listed company, we do involved in other business besides our core business as the property developer, to name few property management, property investments, trading, complex management, farming, abattoir as well as plantation. The reason why we put down that requirements is because the nature of businessfor this division is* **NON-HALAL* (dealing with pig farm and pig slaughtering plant) and these positions (QA Manager, Marketing Manager & A/C Exec) will be based at out abattoir (pig slaughtering house) at Batang Berjuntai. I hope the above has given you a clearer picture as to why candidates of Muslim faith need not to apply for those positions.Regards,Liy PingInfo ini dibawa oleh En Azhar kepada Suruhanjaya Sekuriti bagi memastikan bagaimana syarikat ini boleh diluluskan Shariah. Berikut adalah jawapan dari seorang pegawai Jabatan Modal Islam, Suruhnjaya Sekuriti :-This'>mailto:">This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it ' ); //-->">Subject : Syarikat Pelaburan Berteraskan SyariahAsslamualaikumEn Azhar,Terima kasih atas keperihatinan dan sifat peka yang ditunjukkan. Metro Kajang Holding Bhd (MKHB) seperti yang saudara nyatakan adalah sebuah syarikat tersenarai yang diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti (SC) . Sehingga hari ini ianya masih kekal sebagai sekuriti patuh Syariah kerana hampir keseluruhan pendapatan dan keuntungan syarikat dijanakan daripada aktiviti-aktiviti yang patuh Syariah. Ini bermaksud orang Islam boleh membeli saham syarikat ini tanpa sebarang keraguan kerana MPS SC telah mengkaji dan meluluskan syarikat ini sebagai patuh Syariah.Untuk pengetahuan, aktiviti utama MKHB adalah pembangunan dan pelaburan hartanah serta perniagaan bahan binaan. Tidak dapat dinafikan, terdapat aktiviti lain yang tidak patuh Syariah yang melibatkan penternakan dan penjualan daging babi, agen insuarans dan sewa beli. Tetapi sumbangan dalam bentuk perolehan dan keuntungan aktiviti-aktiviti ini berbanding dengan perolehan dan keuntungan keseluruhan MKHB adalah amat kecil atau kurang daripada tanda aras 5% sepertimana yang telah ditetapkan oleh MPS.Mengenai persoalan peminggiran umat Islam sepertimana yang diiklankan oleh MKHB dalam iklan jawatan kosong syarikat tersebut, encik Azhar boleh mendapat penjelasan terus dari syarikat tersebut. Bagi status Syariah sekuriti MKHB , SC akan terus memantau aktiviti mereka dari masa kesemasa dan sekiranya perolehan dan keuntungan daripada aktiviti tidak patuh Syariah telah meningkat dan melebihi tanda yang telah ditetapkan oleh MPS, sekuriti syarikat ini akan dikeluarkan dari senarai sekuriti patuh Syariah, insyaallah.Terima kasih.Zainol bin AliJabatan Pasaran Modal IslamBERIKUT PULA ADALAH TINDAKAN OLEH PPIMKenyataan Akhbar Dari Persatuan Pengguna Islam MalaysiaBerhubung Isu Penghinaan Umat Islam Oleh Syarikat Metro KajangPersatuan Pengguna Islam Malaysia akan mengadakan demonstrasi dan penyerahan surat bantahan secara aman kepada Syarikat Metro Kajang Holdings Berhad selepas solat Jumaat esok (22/06/07) jam 2.30 petang. Pihak kami juga telah membuat laporan polis berkenaan perkara ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada hari ini. Demonstrasi dan perarakan secara aman ini akan dimulakan bermula dari Masjid Kajang dan hingga ke pejabat Syarikat Metro Kajang untuk memberikan surat bantahan kepada wakil syarikat terbabit. Persatuan Pengguna Islam Malaysia memandang serius isu ini yang dilihat berupaya mencetuskan perbalahan di dalam negara Malaysia yang aman dan harmoni. Kenyataan pihak terbabit syarikat Metro Kajang Holdings Sdn Bhd beralamat di 5th floor, Wisma Metro Kajang, Jalan Semenyih 43000 Kajang ini yang diiklankan dalam surat khabar Star pada 2hb Jun dan di laman web syarikat terbabit menyinggung masyarakat Islam. Iklan tersebut meletakkan kenyataan berbaur penghinaan dan anti Islam. Perkataan "Those in the Muslim Faith need not apply" jelas menunjukkan sikap tidak sensitif syarikat ini terhadap masyarakat Islam di negara ini. ( rujuk laman web ppim [link] ) Walaupun syarikat ini mungkin memberi alasan bahawa peluang pekerjaan tersebut tidak sesuai ditawarkan kepada umat Islam tetapi keberanian dan sikap tidak peka syarikat ini mengeluarkan kenyataan secara terbuka hingga menimbulkan kemarahan umat Islam terbabit amat dikesali. Bahasa yang digunakan "Those in the Muslim Faith need not apply" juga amat kasar dan jelas tidak sesuai walaupun apa alasan yang diberikan kerana ia mencabar serta menyinggung perasaan umat Islam. ‘Faith' bermaksud kepercayaan maka jika diterjemahkan mereka "Those in the Muslim Faith need not apply" membawa maksud mereka yang berkepercayaan dan berpegangan Muslim tidak perlu memohon. PPIM mengecam tindakan syarikat terbabit yang dilihat mencabuli prinsip rukun negara ini dan bersifat provokasi. Laporan ini dibuat bagi memprotes kelantangan syarikat ini mengeluarkan kenyataan seperti berikut yang tidak mematuhi tatasusila dan adab yang harus dipraktikkan bagi menjamin keharmonian masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini. PPIM juga memohon pihak polis menyiasat samaada perkara ini disengajakan oleh pihak terbabit kerana ia mempunyai unsur hasutan yang jelas boleh membahayakan negara dan bersifat perkauman. KOMEN RINGKAS SAYA TAHNIAH ATAS KEPERIHATINAN SEMUA. TAHNIAH JUGA KERANA SUDAH SEMAKIN BIJAK DENGAN MERUJUK SESUATU KEKELIRUAN KEPADA PIHAK YANG BERAUTORITI UNTUK MENJAWABNYA. TIDAK HANYA BERCAKAP DI LUAR PENGETAHUAN PIHAK YANG BERWAJIB.

0 comments: