Sunday, September 23, 2012

Homeopati..

Sempena musim peperiksaan yang bakal menjelma...digalakkan para pelajar mengambil Examo ck500 yang boleh didapati dalam bentuk ekonomi.


Khasiat Examo

EXAMO-CKM 500 bertindak melalui 4 cara :

a. Mencerdaskan Akal
EXAMO-CKM 500 mampu mencerdaskan otak kerana fungsinya membantu penyuburan ramisaraf dendron dan dendrit. Ramisaraf dendron dan dendrit berfungsi engumpul maklumat dalam otak menerusi sentuhan sinaps. Semakin subur pertumbuhan ramisaraf dendron dan dendrit, lebih banyak maklumat dapat disimpan oleh otak. Maklumat dihantar melalui sentuhan antara sinaps (neural pathway).  Satu neuron otak mempunyai 1,000 hingga 10,000 sinaps. Menurut pakar bedah saraf berbangsa Russia, Prof. Pyotr Kuzmich Anokhin, beliau mendapati neuron otak orang cerdik berkeadaan lebih subur berbanding neuron otak orang bodoh.

b. Menguatkan ingatan
Lemah daya ingatan akan membawa kepada masalah lupa. Kelemahan daya ini boleh diatasi dengan membekalkan nutrisi yang diperlukan kepada otak. Menurut Dr. Wilhelm Helmut Schuessler, otak memerlukan enam jenis garamtisu Biokimia sebagai makanan. Namun begitu, berdasarkan hasil analisa Prof. Dr.Hj. Azizan bin Hj.Ismail (allahyarham), mendapati tiga jenis garamtisu Biokimia sudah memadai iaitu kalsium fostat, kalium fostat dan magnesium fostat. formulasi EXAMO-CKM 500 mengandungi ketiga-tiga garamtisu tersebut dalam juzuk yang tetap.

c.Menambahkan TenagaMental
Tenaga mental adalah dalam bentuk tenaga elektrik. Oleh itu, jika berlaku kekurangan tenaga elektrik, ia boleh dijana kembali melalui tindakbalas kimia, sama seperti "rechargeable battery'.Tenaga Kimia yang terhasil melalui tindakbalas ini akan ditukarkan kepada tenaga elektirik, dikenali sebagai tindakbalas elektrokimia. Dr David Samuels dari Institut Weismann, mengganggarkan otak melakukan antara 100,000 haingga 1,000,000 tindabalas elektrokimia pada setiap saat. Proses ini melibatkan bahan kimia tertentu iaitu kalsium,kalium,magnesium dan fosforus. EXAMO-CKM 500 mempunyai ciri-ciri yang memenuhi keperluan kepada tindakbalas elektrokimia ini.

d. Mendatangkan Ketenangan
Para pelajar atau individu yang bakal menduduki peperiksaan sering berperasaan tidak tenang. Keadaan ini akan menyukarkan proses mengingat biarpun telah acapkali membaca dan mengulangkaji hingga mewujudkan perasaan lain seperti resah gelisah, takut dan hilang keyakinan diri. EXAMO-CKM 500 mampu mengurangkan serangan panik ketika menghadapi peperiksaan, mengembalikan ketenangan minda dan menimbulkan kerajinan untuk belajar.

Wednesday, November 4, 2009

Baju Labuh

warna hijau gelap kod (101)

warna maroon kod (102)

Warna ungu kod (103)



Boleh dapatkan t-shirt labuh untuk muslimah dengan harga yang lebih murah!!!!!
Antara yang terkini!! Cuma RM 26 sahaja

(tidak termasuk kos penghantaran)

sila hubungi saya di talian : +6014-268 4418

sebarang pembayaran bolehlah melalui akaun di bawah:

SYED MOHD FARIS BIN SYED ROSLAN
162076565988


Begitulah anak...


Macam tu la kalau dah ada anak..apa yang dia nak buat biarkan. Tapi, ummu_ecah rasa walau macam mana susah pun, cubalah pastikan anak kita betul-betul kita yang jaga. Ramai di kalangan ibu bapa yang menyerahkan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak kepada 'bibik' atau lebih mudah orang gaji. Ada pula yang menghantar anak ke taska atau mana-mana pusat asuhan lantaran kesibukan bekerja.

Ingatlah wahai para ibu sekalian. Cubalah luangkan masa sebanyak mungkin bersama anak-anak. Para bapa biarkan mereka mencari rezeki. Kasih sayang seorang 'bibik' semestinya tidak sama dengan kasih si ibu yang telah menanggung perut selama 9 bulan.

Hmm, sebut pasal jaga anak ni..tak lama lagi nak sambut 'baby' sulung kakak ipar. Biasalah adik potong dulu. Moga-moga dapat lahir dengan selamat dan seterusnya menjadi anak yang soleh.

Saturday, August 29, 2009

Syukur...


Alhamdulillah tahun ni dapat lagi berpuasa di Malaysia. Kalau dizinkan Allah dapat beraya sekali lagi di kampung. Suamiku bertugas sebagai Imam Terawih di Puchong. Sekali-sekala bagi kuliah. Aku pulak rasa lega sikit sebab dah lepaskan jawatan sebagai setiausaha Lajnah Hal Ehwal Wanita Islam (PERMAYA). Hmm, rasa susah juga bila pegang jawatan ni. Bukan apa jawatan yang ada pun tak dapat nak tunai dengan sempurna lagi. Jawatan sebagai ibu, isteri dan juga anak kepada ibubapaku.

Insya Allah kalau diberikan peluang nak juga buat kuih raya banyak-banyak. Sebab mama baru belajar kat satu tempat ajar buat kuih raya. Jadi ilmu kenalah dikongsi dan dipraktik.

Sebagai akhirnya, nak minta doa dari kawan-kawan supaya pembedahan aisyah yang kali kedua ni semuanya selamat. Kali ni, selesaikan yang bahagian dalam mulut. Kalau nak bagi sumbangan pun ok je. Ni no di Malaysia : +60142632658

Sunday, May 3, 2009

Hal Ehwal Siswi (HEWI)

Baru-baru ini berlaku sekali lagi perubahan kepimpinan di dalam Permaya sekaligus membubarkan organisasi Lajnah Hal Ehwal Siswi (selepas ini disebut HEWI). Setelah sepenggal berlalu, maka secara automatik kami akan melantik organisasi yang baru. Berikut adalah butiran bagi keputusan lantikan terbaru organisasi HEWI :

Pengerusi : Puan Nadia binti Aznan
Setiausaha : Puan Nur Hidayu bt Rosly
Bendahari : Sumayyah binti Tolib

Diharap kepada semua ahli Hewi dapat memberi komitmen dan kerjasama bersama dengan kepimpinan yang baru ini. Moga-moga kita dapat menjalankan setiap program dengan jayanya. Insya Allah..

Monday, February 23, 2009

Hukum ambil upah..


Para ulama berselisih pendapat tentang boleh atau tidak mengambil upah dari mengajar Al-Quran. Sebahagian ulama berpendapat boleh mengambil upah dari mengajarkan Al Quran berdasarkan dalam sahih Bukhari:
“Yang paling berhak untuk kalian ambil upahnya adalah mengajar Kitab Allah”[1]


Dan ada yang mengatakan: jika ditentukan jumlahnya, maka tidak boleh. Pendapat ini dipilih oleh Al Halimi. Abu Laits berkata dalam kitab “Al Bustan”[2]
Mengajar dilakukan dengan tiga bentuk: Pertama: dengan tujuan untuk beribadah saja, dan tidak mengambil upah. Kedua: mengajar dengan mengambil upah. Ketiga: mengajar tanpa syarat, dan jika ia diberikan hadiah ia menerimanya.
• Yang pertama mendapatkan pahala dari Allah SWT, kerena itu adalah amal para Nabi a.s.
• Kedua diperselisihkan. Sebahagian ulama mengatakan: tidak boleh, dengan dalil sabda Rasulullah SAW:“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” [3].Sementara sebahagian ulama lain berkata: Boleh. Mereka berkata: yang paling utama bagi seorang pengajar adalah tidak menentukan bayaran untuk menghafaz dan mengajar, dan jikapun ia menentukan bayaran itu maka aku harapkan agar tidak dilarang, kerana ia memerlukanya [kemaslahatan].
• Sedangkan yang ketiga: dibolehkan oleh seluruh ulama kerana Nabi Saw adalah pengajar manusia, dan beliau menerima hadiah mereka. Dan dengan dalil tentang seseorang yang tersengat haiwan berbisa, kemudian dibacakan surah Al Fatihah oleh sebahagian sahabat, dan orang itu selanjutnya memberikan hadiah beberapa ekor kambing atas perbuatan sahabat itu, dan setelah mengetahui itu Nabi Muhammad Saw bersabda:
“Berikanlah aku bahagian dari hadiah itu “ [4] Tamat.[5]
Dalam hadits lain Rasulullah SAW membolehkan pengajaran itu dijadikan sebagai mas kahwin bagi seorang wanita. Iaitu saat Nabi Muhammad Saw memerintahkan sahabat itu untuk mencari sesuatu yang dapat dijadikan mas kahwin bagi sahabat itu, hingga sebentuk cincin dari besi sekalipun. Kemudian Rasulullah SAW menanyakan surah apa yang ia boleh dibaca. Ia memberitahukan beberapa surah yang ia hafaz. Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda kepada sahabat itu:
“Pergilah, aku telah sahkan perkawinanmu dengan mas kawin mengajar Al Quran yang engkau hafaz” [6]
Ertinya dengan pengajaran Al Quran yang engkau lakukan kepada wanita itu.
Ini semua adalah dalam masalah pengajaran Al Quran. Sedangkan membacanya tidak boleh menarik upah, kerana hukum asal dalam membacanya adalah ibadah, dan dasar bagi seorang yang beribadah adalah agar ia beribadah bagi dirinya, maka bagaimana mungkin ia kemudian mengambil upah kepada orang lain dari ibadah yang ia lakukan kepada Rabb-nya, sementara ia mengerjakan itu semata untuk mendapatkan pahala dari Allah SWT?!
Abdurrahman bin Syibl meriwayatkan dari Nabi Saw, bahwa beliau bersabda:
“Bacalah Al Quran, amalkanlah isinya, jangan kalian menjauh darinya, jangan berlaku khianat padanya, jangan makan dengannya, dan jangan mencari kekayaan dengannya” [7]
Imran bin Husain meriwayatkan dari Nabi Muhammad Saw beliau bersabda:
“Bacalah Al Quran dan mintalah kepada Allah SWT dengan Al Quran itu, sebelum datang kelompok manusia yang membaca Al Quran, kemudian meminta [upah] kepada manusia dengan Al Quran”[8]
Sedangkan jika pembaca Al Quran diberikan sesuatu sedeqah, atau pemberian, maka tidak mengapa jika ia menerimanya, insya Allah.
Tamat petikan.
Bagi penulis lebih cenderung dengan pendapat kedua dan ketiga. Ia bukan sahaja boleh merujuk upah mengajar al-Quran tetapi kepada semua pengambilan upah seperti mengajar al-Quran, Ilmu agama, Imam, Muazzin dan sebagainya. Ini berdasarkan apa yang difatwakan oleh “Majma’ al-Fiqh al-Islami ” [9] iaitu:
Jika tidak mengambil upah, nescaya meraka tidak akan mempunyai sumber untuk menyara kehidupan mereka. Jika perkara itu berlaku, agama Islam akan semakin dilupakan. Oleh itu, untuk menjaga kesinambunagn agama Islam, para ulama Mazhab Hanafi telah membenarkan golongan ini mengambil upah. Para ulamak dari pada pelbagai mazhab juga telah mengambil pendapat ini demi menjaga kemaslahatan agama.
Ustaz Maszlee Malik mengatakan ulamak yang mengharamkan perbuatan itu kerana ia termasuk dalam amal ibadah dan tidak boleh diberikan upah. Pendapat ini disokong oleh polisi negara islam terdahulu yang menyara para pengajar al-Quran, fardu ‘ain, fardu kifayah, imam, muazzin dan sebagainya. Namun begitu, pendapat ini tidak lagi relevan apabila negara-negara Islam moden sudah tidak lagi menanggung mereka. [10]
Wallahua'lam

Monday, February 2, 2009

Nasib orang Islam...


Seorang warga Muslim bernama Firdaus bertanya kepada syarikat Metro Kajang berkenaan iklan mereka di akhabr yang kelihatan anti Islam kerana terus terang menyatakan "tidak perlu orang Islam memohon jawatan ini". Maka berikut adalah jawapan pihak Metro Kajang :-Dear Firdaus,Thank you for your interest and effort to seek for further clarifications.As you can see, Metro Kajang Holdings is a public listed company, we do involved in other business besides our core business as the property developer, to name few property management, property investments, trading, complex management, farming, abattoir as well as plantation. The reason why we put down that requirements is because the nature of businessfor this division is* **NON-HALAL* (dealing with pig farm and pig slaughtering plant) and these positions (QA Manager, Marketing Manager & A/C Exec) will be based at out abattoir (pig slaughtering house) at Batang Berjuntai. I hope the above has given you a clearer picture as to why candidates of Muslim faith need not to apply for those positions.Regards,Liy PingInfo ini dibawa oleh En Azhar kepada Suruhanjaya Sekuriti bagi memastikan bagaimana syarikat ini boleh diluluskan Shariah. Berikut adalah jawapan dari seorang pegawai Jabatan Modal Islam, Suruhnjaya Sekuriti :-This'>mailto:">This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it ' ); //-->">Subject : Syarikat Pelaburan Berteraskan SyariahAsslamualaikumEn Azhar,Terima kasih atas keperihatinan dan sifat peka yang ditunjukkan. Metro Kajang Holding Bhd (MKHB) seperti yang saudara nyatakan adalah sebuah syarikat tersenarai yang diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti (SC) . Sehingga hari ini ianya masih kekal sebagai sekuriti patuh Syariah kerana hampir keseluruhan pendapatan dan keuntungan syarikat dijanakan daripada aktiviti-aktiviti yang patuh Syariah. Ini bermaksud orang Islam boleh membeli saham syarikat ini tanpa sebarang keraguan kerana MPS SC telah mengkaji dan meluluskan syarikat ini sebagai patuh Syariah.Untuk pengetahuan, aktiviti utama MKHB adalah pembangunan dan pelaburan hartanah serta perniagaan bahan binaan. Tidak dapat dinafikan, terdapat aktiviti lain yang tidak patuh Syariah yang melibatkan penternakan dan penjualan daging babi, agen insuarans dan sewa beli. Tetapi sumbangan dalam bentuk perolehan dan keuntungan aktiviti-aktiviti ini berbanding dengan perolehan dan keuntungan keseluruhan MKHB adalah amat kecil atau kurang daripada tanda aras 5% sepertimana yang telah ditetapkan oleh MPS.Mengenai persoalan peminggiran umat Islam sepertimana yang diiklankan oleh MKHB dalam iklan jawatan kosong syarikat tersebut, encik Azhar boleh mendapat penjelasan terus dari syarikat tersebut. Bagi status Syariah sekuriti MKHB , SC akan terus memantau aktiviti mereka dari masa kesemasa dan sekiranya perolehan dan keuntungan daripada aktiviti tidak patuh Syariah telah meningkat dan melebihi tanda yang telah ditetapkan oleh MPS, sekuriti syarikat ini akan dikeluarkan dari senarai sekuriti patuh Syariah, insyaallah.Terima kasih.Zainol bin AliJabatan Pasaran Modal IslamBERIKUT PULA ADALAH TINDAKAN OLEH PPIMKenyataan Akhbar Dari Persatuan Pengguna Islam MalaysiaBerhubung Isu Penghinaan Umat Islam Oleh Syarikat Metro KajangPersatuan Pengguna Islam Malaysia akan mengadakan demonstrasi dan penyerahan surat bantahan secara aman kepada Syarikat Metro Kajang Holdings Berhad selepas solat Jumaat esok (22/06/07) jam 2.30 petang. Pihak kami juga telah membuat laporan polis berkenaan perkara ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada hari ini. Demonstrasi dan perarakan secara aman ini akan dimulakan bermula dari Masjid Kajang dan hingga ke pejabat Syarikat Metro Kajang untuk memberikan surat bantahan kepada wakil syarikat terbabit. Persatuan Pengguna Islam Malaysia memandang serius isu ini yang dilihat berupaya mencetuskan perbalahan di dalam negara Malaysia yang aman dan harmoni. Kenyataan pihak terbabit syarikat Metro Kajang Holdings Sdn Bhd beralamat di 5th floor, Wisma Metro Kajang, Jalan Semenyih 43000 Kajang ini yang diiklankan dalam surat khabar Star pada 2hb Jun dan di laman web syarikat terbabit menyinggung masyarakat Islam. Iklan tersebut meletakkan kenyataan berbaur penghinaan dan anti Islam. Perkataan "Those in the Muslim Faith need not apply" jelas menunjukkan sikap tidak sensitif syarikat ini terhadap masyarakat Islam di negara ini. ( rujuk laman web ppim [link] ) Walaupun syarikat ini mungkin memberi alasan bahawa peluang pekerjaan tersebut tidak sesuai ditawarkan kepada umat Islam tetapi keberanian dan sikap tidak peka syarikat ini mengeluarkan kenyataan secara terbuka hingga menimbulkan kemarahan umat Islam terbabit amat dikesali. Bahasa yang digunakan "Those in the Muslim Faith need not apply" juga amat kasar dan jelas tidak sesuai walaupun apa alasan yang diberikan kerana ia mencabar serta menyinggung perasaan umat Islam. ‘Faith' bermaksud kepercayaan maka jika diterjemahkan mereka "Those in the Muslim Faith need not apply" membawa maksud mereka yang berkepercayaan dan berpegangan Muslim tidak perlu memohon. PPIM mengecam tindakan syarikat terbabit yang dilihat mencabuli prinsip rukun negara ini dan bersifat provokasi. Laporan ini dibuat bagi memprotes kelantangan syarikat ini mengeluarkan kenyataan seperti berikut yang tidak mematuhi tatasusila dan adab yang harus dipraktikkan bagi menjamin keharmonian masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini. PPIM juga memohon pihak polis menyiasat samaada perkara ini disengajakan oleh pihak terbabit kerana ia mempunyai unsur hasutan yang jelas boleh membahayakan negara dan bersifat perkauman. KOMEN RINGKAS SAYA TAHNIAH ATAS KEPERIHATINAN SEMUA. TAHNIAH JUGA KERANA SUDAH SEMAKIN BIJAK DENGAN MERUJUK SESUATU KEKELIRUAN KEPADA PIHAK YANG BERAUTORITI UNTUK MENJAWABNYA. TIDAK HANYA BERCAKAP DI LUAR PENGETAHUAN PIHAK YANG BERWAJIB.